Mukadimah

Persatuan Pemaju Hartanah Bumiputera Selangor yang mempunyai ahli di kalangan syarikat-syarikat pemaju hartanah Bumiputera Muslim ingin menegaskan bahawa pembangunan hartanah merupakan industri yang sangat strategik utk meningkatkan penguasaan ekonomi di kalangan Bumiputera Muslim di negara ini.

Aktiviti Ahli

Keahlian Persatuan adalah terdiri daripada tiga kategori yang berikut: (i) Ahli Biasa, (ii) Ahli Bersekutu dan; (iii) Ahli Kehormat. Ahli-ahli boleh menyertakan maklumat syarikat masing-masing disini, email, facebook badge, twitter dll. Firma professional seperti arkitek, akauntan, jurutera, juruukur bahan, juruukur tanah, juru rancang bandar, peguam, jurunilai, ejen hartanah di Selangor pihak tuan boleh turut serta sebagai Ahli Bersekutu.
Loading...

Kursus Pembangunan Harta Tanah Perumahan 2011

Semua dijemput hadir... 
Sila hubungi Pn Intan di talian 03-82100741 / 019-7793188  untuk keterangan lebih lanjut


Kursus Pembangunan Harta Tanah Perumahan (Asas)
Hotel Grand Continental, Kuala Lumpur
26-27hb April 2011

Kursus Pembangunan Harta Tanah Perumahan (Lanjutan)
Hotel Quality, Kuala Lumpur
24-25hb Mei 2011






Link perumahan berkaitan

Sila klik Link berkaitan untuk maklumat lanjut

Skim Rumah Pertamaku
kalkulator-pinjaman
Yuran Guaman
Panduan BPP (Bahagian Pinjaman Perumahan)
Jumlah Kelayakan BPP




25 bank biaya golongan muda beli rumah


2011/03/09  Berita Harian

KUALA LUMPUR: Mulai semalam, golongan muda berpendapatan tidak melebihi RM3,000 sebulan boleh membuat pinjaman 100 peratus daripada 25 bank termasuk institusi kewangan Islam bagi membeli rumah berharga antara RM100,000 hingga RM220,000 menerusi Skim Rumah Pertamaku.

Skim yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam, membolehkan pekerja swasta berusia 35 tahun ke bawah memohon pinjaman dengan tempoh maksimum pembiayaan 30 tahun.
Kerajaan melalui Cagamas Berhad akan menjamin bayaran pendahuluan atau deposit sebanyak 10 peratus, sebagai jaminan melindungi bank daripada kerugian.
Perdana Menteri berkata, skim itu adalah inisiatif kerajaan dengan kerjasama Cagamas dan institusi kewangan bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup serta harga hartanah yang tinggi di lokasi tertentu di negara ini.

Sehubungan itu, Najib mahu institusi kewangan mempermudahkan urusan pembelian rumah menerusi Skim Rumah Pertamaku bagi memastikan usaha kerajaan membantu golongan muda memiliki rumah sendiri berjaya.

Beliau turut mempelawa lebih banyak bank yang belum menyertai skim berkenaan membabitkan diri menjayakan inisiatif kerajaan itu untuk membantu rakyat memiliki rumah pertama dengan cepat.

“Sehingga ini, skim itu berjaya menarik penyertaan 25 institusi kewangan. Walaupun ia tidak memberi keuntungan lumayan kepada mereka tetapi ia amat bermakna kepada rakyat,” katanya di sini semalam. 
Beliau berkata, Skim Rumah Pertamaku adalah satu contoh komitmen kerajaan dalam merealisasikan konsep 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

Pada pembentangan Bajet 2011 tahun lalu, Perdana Menteri mengumumkan beberapa inisiatif untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat termasuk Skim Rumah Pertamaku.

Selain itu, turut diumumkan peruntukan sebanyak RM568 juta untuk membina 300 rumah menerusi Projek Bantuan Perumahan Bandar, 79,000 unit di bawah Program Perumahan Rakyat dan 8,000 unit dalam Projek Bantuan Rumah Sewa serta peruntukan tambahan RM50 juta membantu pekerja estet miliki rumah dalam Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah.

Info

Senarai 25 bank yang membiayai pinjaman 100 peratus

Bank Skim Rumah Pertamaku

1. Affin Bank Berhad
2. Affin Islamic Bank Berhad
3. Alliance Bank Malaysia Berhad
4. Alliance Islamic Bank Malaysia Berhad
5. AmBank Berhad
6. AmIslamic Bank Berhad
7. Bank Islam Malaysia Berhad
8. Bank Muamalat Malaysia Berhad
9. CIMB Bank Berhad
10.CIMB Islamic Bank Berhad
11.EON Bank Berhad
12.EONCAP Islamic Bank Berhad
13.Hong Leong Bank Berhad
14.Hong Leong Islamic Bank Berhad
15.Maybank Berhad
16.Maybank Islamic Bank Berhad
17.OCBC Bank Malaysia Berhad
18.OCBC Al Amin Berhad
19.Public Bank Berhad
20.Public Islamic Bank Berhad
21.RHB Bank Berhad
22.RHB Islamic Bank Berhad
23.United Overseas Bank Malaysia Berhad
24.Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
25.Standard Chartered Saadiq Berhad


Kriteria Kelayakan Utama
*Warganegara Malaysia
*Pembeli rumah pertama
*Berusia 35 tahun ke bawah
*Pendapatan kasar tidak melebihi RM3,000 sebulan
* Rumah berharga antara RM100,000 dan RM220,000 
*Sah dalam jawatan dan bekerja dengan majikan sama tidak kurang enam bulan
*Jumlah bayaran balik tidak melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan
*Bukti pendapatan

JEMPUTAN PELANCARAN PERUMAHAN ANJUNG DI MUAR


Semua dipelawa hadir.
pada : 9hb Feb 2011 (Rabu) 
Jam : 11 pagi 
Lokasi : Parit Samsu, Jalan Abdul Rahman

JEMPUTAN EKSKLUSIF BERSAMA CEO BANK MUAMALAT DENGAN SKIM JAMINAN MARA





Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Ekonomi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) dengan kerjasama Persatuan Pemaju Hartanah Bumiputera Selangor (PPHBS) menganjurkan Siri Program Sesi Eksklusif  Bersama Pengurusan Perbankan Islam.

Alhamdulillah, untuk siri kali ini kita sangat bertuah kerana dapat bersama  YBhg. Dato’Hj Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Chief Executive Officer  Bank Muamalat Malaysia BerhadKeistimewaannya, pihak Bank Muamalat satu-satunya Bank yang telah mendapat Skim Jaminan dari pihak MARA untuk Skim jaminan Usahawan MARA dan Skim Jaminan Modal Kerja.

Program ini bermatlamat untuk mengukuhkan jaringan bisnes dua hala di antara para usahawan Bumiputera Muslim dengan pihak Perbankan Islam.  Program ini juga dilaksanakan adalah selaras dengan kepentingan sokongan institusi kewangan khususnya Perbankan Islam dalam menjayakan dan memajukan lagi perusahaan yang dijalankan oleh usahawan Bumiputera Muslim.

pihak kami ingin menjemput tuan  merebut peluang untuk hadir program tersebut sebagaimana butirannya di bawah ini :-

            Tarikh           :     19hb Januari 2011 (Rabu)
            Masa             :     9.00 pg – 1.30 tgh
            Lokasi           :     Ibupejabat DPIM, Aras 2, Blok A Utara,
                                       Pusat Bandar Damansara,
                                       Kuala Lumpur

(Bayaran RM 50.00 dikenakan untuk setiap peserta. Sila kemukakan bayaran tersebut atas nama DEWAN PERDAGANGAN ISLAM MALAYSIA)

Oleh kerana program ini merupakan sesi esklusif, kami hanya menerima 50 penyertaan yang membuat pengesahan awal. Bersama-sama ini dilampirkan borang jawapan, aturcara program dan pelan lokasi untuk perhatian tuan.

sebarang pertanyaan sila hubungi Urusetia Program Puan Suhaila/Puan Intan di talian  03-82100743. 


DEWAN PERDAGANGAN ISLAM MALAYSIA
HJ. MOHAMMAD SAHAR MAT DIN
Pengarah Biro Ekonomi DPIM
H/P : 019-2164144

KURSUS PEMBANGUNAN HARTA TANAH PERUMAHAN (LANJUTAN)


Tarikh: 11 - 12 Januari 2011
Tempat: Hotel Dynasty, Kuala Lumpur







KURSUS PEMBANGUNAN HARTA TANAH PERUMAHAN (ASAS)


DAMANSARA BUSINESS CENTRE, ARAS 2, BLOK A UTARA, 
PUSAT BANDAR DAMANSARA, KUALA LUMPUR
14 - 15 hb DISEMBER 2010


Seminar GST



SESI EKSKLUSIF BERSAMA MD/CEO AMISLAMIC BANK BHD



Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Ekonomi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) dengan kerjasama Persatuan Pemaju Hartanah Bumiputera Selangor (PPHBS) menganjurkan Siri Program Klinik Pembiayaan Bisnes  Bersama Pengurusan Perbankan Islam.

Alhamdulillah, untuk siri kali ini kita sangat bertuah kerana dapat bersama  YBhg. Datuk Mahdi Murad, Managing Director / Chief Executive Officer  AmIslamic Bank Berhad.

Program ini bermatlamat untuk mengukuhkan jaringan bisnes dua hala di antara para usahawan Bumiputera Muslim dengan pihak Perbankan Islam.  Program ini juga dilaksanakan adalah selaras dengan kepentingan sokongan institusi kewangan khususnya Perbankan Islam dalam menjayakan dan memajukan lagi perusahaan yang dijalankan oleh usahawan Bumiputera Muslim.

Pihak kami menjemput tuan untuk menghadiri program tersebut :-

            Tarikh              :     25 November 2010 (Khamis)
            Masa             :     9.30 pg
            Lokasi           :     Ibupejabat DPIM, Aras 2, Blok A Utara,
                                       Pusat Bandar Damansara, Kuala Lumpur

(Bayaran RM 50.00 dikenakan untuk setiap peserta. 
Sila kemukakan bayaran tersebut atas nama DEWAN PERDAGANGAN ISLAM MALAYSIA)

Oleh kerana program ini merupakan sesi esklusif, kami hanya menerima 50 penyertaan yang membuat pengesahan awal. Sebarang pertanyaan sila hubungi Urusetia Program Puan Suhaila/Puan Intan di talian  03-82100743. 


‘BERIMAN & BERMUAMALAH’
  
 HJ. MOHAMMAD SAHAR MAT DIN
Pengarah Biro Ekonomi DPIM
H/P : 019-2164144         

JEMPUTAN MENYAKSIKAN PERTANDINGAN AKHIR SYARAHAN DAN BERCERITA DALAM BAHASA MANDARIN UNTUK PELAJAR MELAYU SJKC YOKE MIN, BANGI


万宜育民国民型华文学校
PIBG SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) YOKE MIN             

SJKC Yoke Min Bangi merupakan sebuah sekolah yang terletak di pekan Bangi di mana 70 orang dari 191 orang muridnya berbangsa Melayu. Sambutan masyarakat Melayu untuk menghantar anak ke sekolah tersebut akhir-akhir ini sangat menggalakkan.  Perkembangan ini menunjukkan tingginya kesedaran di kalangan masyarakat Melayu akan kepentingan penguasaan Bahasa Mandarin sebagai bahasa perniagaan global.

Menyedari akan perkembangan ini, maka pihak PIBG akan menganjurkan satu pertandingan syarahan dan bercerita bagi para pelajar Melayu di sekolah tersebut. Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan serta penguasaan pelajar Melayu dalam Bahasa Mandarin.  Seramai 30 orang pelajar Melayu dari tahun 3 hingga tahun 6 akan menyertai pertandingan tersebut.

Pihak PIBG mempelawa untuk hadir menyaksikan acara pertandingan tersebut pada:

                     Tarikh     :     15hb November 2010 (Isnin)
                     Masa       :     10.30 pagi
                     Lokasi     :     Dewan Besar SJKC Yoke Min Bangi

Perasmian dan penyampaian hadiah oleh Ybhg Prof. Dato’ Dr. Ir. Hasan Basri, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia


MohaMmad Sahar Mat Din
Pengerusi Penganjur
b/p YDP PIBG