Mukadimah

Persatuan Pemaju Hartanah Bumiputera Selangor yang mempunyai ahli di kalangan syarikat-syarikat pemaju hartanah Bumiputera Muslim ingin menegaskan bahawa pembangunan hartanah merupakan industri yang sangat strategik utk meningkatkan penguasaan ekonomi di kalangan Bumiputera Muslim di negara ini.

Aktiviti Ahli

Keahlian Persatuan adalah terdiri daripada tiga kategori yang berikut: (i) Ahli Biasa, (ii) Ahli Bersekutu dan; (iii) Ahli Kehormat. Ahli-ahli boleh menyertakan maklumat syarikat masing-masing disini, email, facebook badge, twitter dll. Firma professional seperti arkitek, akauntan, jurutera, juruukur bahan, juruukur tanah, juru rancang bandar, peguam, jurunilai, ejen hartanah di Selangor pihak tuan boleh turut serta sebagai Ahli Bersekutu.
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

JEMPUTAN MENYAKSIKAN PERTANDINGAN AKHIR SYARAHAN DAN BERCERITA DALAM BAHASA MANDARIN UNTUK PELAJAR MELAYU SJKC YOKE MIN, BANGI


万宜育民国民型华文学校
PIBG SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) YOKE MIN             

SJKC Yoke Min Bangi merupakan sebuah sekolah yang terletak di pekan Bangi di mana 70 orang dari 191 orang muridnya berbangsa Melayu. Sambutan masyarakat Melayu untuk menghantar anak ke sekolah tersebut akhir-akhir ini sangat menggalakkan.  Perkembangan ini menunjukkan tingginya kesedaran di kalangan masyarakat Melayu akan kepentingan penguasaan Bahasa Mandarin sebagai bahasa perniagaan global.

Menyedari akan perkembangan ini, maka pihak PIBG akan menganjurkan satu pertandingan syarahan dan bercerita bagi para pelajar Melayu di sekolah tersebut. Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan serta penguasaan pelajar Melayu dalam Bahasa Mandarin.  Seramai 30 orang pelajar Melayu dari tahun 3 hingga tahun 6 akan menyertai pertandingan tersebut.

Pihak PIBG mempelawa untuk hadir menyaksikan acara pertandingan tersebut pada:

                     Tarikh     :     15hb November 2010 (Isnin)
                     Masa       :     10.30 pagi
                     Lokasi     :     Dewan Besar SJKC Yoke Min Bangi

Perasmian dan penyampaian hadiah oleh Ybhg Prof. Dato’ Dr. Ir. Hasan Basri, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia


MohaMmad Sahar Mat Din
Pengerusi Penganjur
b/p YDP PIBG


Bumiputera digalak ceburi Hartanah - PPHBS

SINAR HARIAN 21-10-2010


Komen PPHBS Bajet 2011 - Harian Metro 16 Okt 2010



Belajawan 2011


KUALA LUMPUR: Berikut ialah intipati Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat hari ini:
* Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025.
* Pembinaan projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015.
* Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta. * Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.
* Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.
* RM85 juta untuk membina kemudahan infrastruktur bagi membolehkan hotel dan resort peranginan di kawasan pedalaman yang berpotensi menarik pelancong.
* RM50 juta bagi membina beberapa laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan lingkaran KLCC-Bukit Bintang.
* Pembangunan resort bersepadu eco-nature pertama di dunia bernilai RM3 bilion oleh Nexus Karambunai di Sabah bermula tahun depan.
* Pemansuhan duti import ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan pada kadar 5 peratus sehingga 30 peratus bagi menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di Asia.
* RM119 juta untuk membangunkan penciptaan kandungan tempatan, hosting kandungan tempatan dan pembukaan saluran baru untuk kandungan.
* Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.
 * RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.
* RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatkan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.
* Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.
* RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.
 * Kadar cukai perkhidmatan dicadang dinaikkan satu peratus kepada enam peratus untuk menjamin kesejahteraan masa hadapan negara.
* Cukai perkhidmatan juga dicadang dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran TV berbayar.
* Meningkatkan penguatkuasaan dan pengauditan serta memperluaskan liputan ke atas semua pihak yang sepatutnya membayar cukai bagi memantapkan kutipan hasil.
* Menyusun semula dan memperkukuhkan aspek pendidikan dan latihan dengan belanja mengurus RM29.3 bilion untuk Kementerian Pelajaran, RM10.2 bilion (Kementerian Pengajian Tinggi) dan RM627 juta (Kementerian Sumber Manusia).
* Menubuhkan "Talent Corporation" di bawah Jabatan Perdana Menteri pada awal 2011 untuk membangunkan pangkalan data tenaga kerja berkepakaran serta menjalin kerjasama dengan jaringan bakat di seluruh dunia.
* RM212 bilion diperuntukkan bagi Bajet 2011 iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan 2010.
* Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.2 bagi perbelanjaan pembangunan.
* Di bawah peruntukan mengurus, RM45.6 bilion adalah bagi emolumen dan RM28.2 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan, RM86.4 billion diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap.
* Sejumlah RM1.4 bilion disediakan untuk pembelian aset dan RM1.2 bilion untuk perbelanjaan lain.
* Bagi peruntukan pembangunan, RM28.3 bilion disediakan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar.
* Sejumlah RM15.5 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
* RM4.4 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM955 juta bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.
* Dari segi kutipan hasil Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2011, jumlahnya dianggarkan meningkat 2.3 peratus kepada RM165.8 bilion berbanding RM162.1 bilion pada tahun 2010.
* Defisit Kerajaan Persekutuan bagi 2011 dijangka terus berkurangan kepada 5.4 peratus daripada KDNK berbanding 5.6 peratus pada 2010.
* Pengecualian duti eksais 100 peratus ke atas pembelian sebuah kenderaan nasional oleh Orang Kelainan Upaya (OKU).
* Memperluaskan pelepasan cukai ke atas perbelanjaan perubatan ibu bapa sehingga RM5,000.
* Mengecualikan 50 peratus duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi rumah kediaman pertama.
* Mengecualikan 100 peratus duti import dan duti eksais ke atas kereta hibrid.
* Melaksanakan Program Latihan 1Malaysia dengan peruntukan RM500 juta di Kolej Komuniti, IKBN, ILP dan Pusat Giat Mara.
* Menubuhkan Majlis Konsultasi Gaji Negara sebagai platform dalam penetapan gaji dan pengenalan gaji minimum mulai Januari 2011.
* Menambah baik peluang kenaikan pangkat pensyarah di IPTA ke peringkat tertinggi Gred Turus III, II dan I serta penganugerahan Profesor Ulung.
* Menubuhkan Dana Belia 1Malaysia berjumlah RM20 juta.
* Menaikkan imbuhan Guru KAFA dari RM500 kepada RM800 sebulan.
* Menaikkan elaun bulanan RM750 sebulan kepada imam.
* Menaikkan elaun kepada Pengerusi JKKK dan Pengerusi JKKP, Tok Batin, dan Pengerusi JKKK Orang Asli, Pengerusi JK Kampung Baru, Pengerusi JK Kampung Baru Rangkaian dan Pengerusi JK Kampung Bagan dari RM450 kepada RM800.
* Elaun kehadiran mesyuarat kepada semua Ahli Jawatankuasa dinaikkan dari RM30 ke RM50.
* Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah, pegawai kontrak dan pesara kerajaan.
* Memansuhkan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).
* Menyambung perkhidmatan Pegawai Khidmat Singkat yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember untuk tempoh satu tahun lagi.
* Menaikkan kadar pinjaman perumahan kakitangan awam kepada RM20,000 untuk kerja-kerja tambahan rumah kos rendah bagi Kumpulan Sokongan Dua.
* Menaikkan had kelayakan maksimum pinjaman perumahan kakitangan awam kepada RM450,000.
* Menaikkan kadar Bantuan Mengurus Jenazah kepada RM3,000.
* Memberi fleksibiliti dengan menentukan cuti bersalin sehingga 90 hari kepada penjawat awam wanita tertakluk kepada had semasa 300 hari.
* Untuk Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 billion disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru.
* RM213 juta lagi dibajet sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan kepada Pengetua atau Guru Besar dan Guru Cemerlang.
* Enrolmen prasekolah akan ditingkatkan dengan sasaran 72 peratus menjelang akhir 2011 melalui penambahan 1,700 kelas, pemantapan kurikulum serta pelantikan 800 guru prasekolah lepasan ijazah.
* RM111 juta diperuntukkan bagi program PERMATA antaranya bagi pembinaan fasa 2 Kompleks Sekolah PERMATA Pintar, membina 32 Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap.
* RM250 juta diperuntukkan bagi sekolah bantuan modal agama, sekolah bantuan modal jenis kebangsaan Cina, sekolah kebangsaan Tamil, sekolah bantuan modal mubaligh dan sekolah bantuan kerajaan seluruh negara.
* Kerajaan juga bersetuju membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan RM95 juta sebagai mengiktiraf pendidikan Islam.
* Bagi menyediakan guru serta tenaga pengajar kompeten dan berkualiti yang dapat membimbing dan mendidik pelajar sekolah dengan sebaiknya, kerajaan menyediakan RM576 juta dalam bentuk biasiswa kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran.
* Sejumlah RM213 juta diperuntukkan bagi mengangkat tinggi penguasaan Bahasa Malaysia, mempersadakan Bahasa Inggeris dan memperkemaskan kurikulum standard sekolah rendah.
* Kerajaan bersetuju untuk mengambil 375 guru penutur jati antaranya daripada United Kingdom dan Australia untuk meningkatkan lagi pengajaran Bahasa Inggeris.
* Peratusan staf akademik berkelulusan PhD ditambah kepada 75 peratus bagi universiti penyelidikan dan 60 peratus bagi IPTA lain dengan peruntukan RM20 juta.
* Skim Rumah Pertamaku dengan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000.
* Menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah untuk pekerja estet oleh BSN.
* Program Bantuan Rumah (12,000 unit) untuk golongan miskin dan miskin tegar dengan peruntukan RM300 juta.
* Mewujudkan "Portal 1Malaysia Pengguna Bijak".
* Memperkenalkan Program Pengedaran Barang Perlu bagi menyeragamkan harga barangan.
* Memperkenalkan Program Transformasi Kedai Runcit, Bengkel Automotif dan Projek Pasar Komuniti.
* Melancarkan Dana Pencen Swasta.
* Melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera bernilai RM1 bilion dan patuh syariat.
* Menyediakan multivitamin untuk pelajar sekolah rendah seluruh negara.
* Meneruskan program subsidi bayaran bil elektrik bagi penggunaan bawah RM20 sebulan.
* Kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Expressway Berhad tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang bermula serta-merta.
* Mengkaji semula had minimum kebankrapan yang pada masa ini berjumlah RM30,000.
* Permohonan PR boleh dilakukan selepas lima tahun.
* Menyediakan empat buah bas sebagai Klinik Bergerak.
* Merangka Model Baru Pembangunan Orang Asli dan Pribumi.
* Memperkukuh JHEOA dengan mentransformasi kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli.
-Bernama

Montaj PPHBS


SESI BERSAMA CEO BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD DAN KLINIK PERBANKAN ISLAM







SESI BERSAMA CEO BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD DAN KLINIK PERBANKAN ISLAM

Persatuan Pemaju Hartanah Bumiputera Selangor (PPHBS) dengan kerjasama Biro Ekonomi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) menganjurkan siri Program Jaringan Bisnes DPIM Bersama CEO Perbankan Islam.

Alhamdulillah untuk siri kali ini kita sangat bertuah dapat bersama YBhg. Dato’ Sri Zukri Samat, CEO Bank Islam Malaysia Berhad.

Program ini bermatlamat untuk mengukuhkan jaringan bisnes dua hala di antara para usahawan Bumiputera Muslim dengan pihak Perbankan Islam.  Program ini juga dilaksanakan adalah selaras dengan kepentingan sokongan institusi kewangan khususnya Perbankan Islam dalam menjayakan dan memajukan lagi perusahaan yang dijalankan oleh usahawan bumiputera Muslim.

Pihak kami ingin menjemput untuk menghadiri program tersebut  :-

            Tarikh              :           14 Oktober 2010 (Khamis)
            Masa                 :           2.00ptg
            Lokasi              :           Ibupejabat DPIM, Aras 2, Blok A Utara,
                                                   Pusat Bandar Damansara,
                                                   Kuala Lumpur 
(Bayaran RM 50.00 dikenakan untuk setiap peserta. Sila kemukakan bayaran tersebut atas nama DEWAN PERDAGANGAN ISLAM MALAYSIA)

Oleh kerana program ini merupakan sesi esklusif, kami hanya menerima 40 penyertaan yang membuat pengesahan awal. 
Bagi sebarang pertanyaan sila hubungi Urusetia Program Puan Suhaila / Puan Intan di talian  03-82100743.


HJ MOHAMMAD SAHAR MAT DIN
Presiden PPHBS




Majlis Kesefahaman Strategik PPHBS-UKM
















Kenyataan Akhbar



D:\SUHAILA\GPHBS\GPBS\logo+GPMS.jpg
PERSATUAN PEMAJU HARTANAH BUMIPUTERA SELANGOR


KENYATAAN MEDIA

PERSATUAN PEMAJU HARTANAH BUMIPUTERA SELANGOR  (PPHBS) SEMPENA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-2 SERTA MALIS KERJASAMA STRATEGIK DI ANTARA PPHBS DENGAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
________________________________________________________________

PEMBANGUNAN HARTANAH : SEKTOR STRATEGIK UNTUK
MASA DEPAN BUMIPUTERA

Persatuan Pemaju Hartanah Bumiputera Selangor yang mempunyai ahli di kalangan syarikat-syarikat pemaju hartanah Bumiputera Muslim ingin menegaskan bahawa pembangunan hartanah merupakan industri yang sangat strategik utk meningkatkan penguasaan ekonomi di kalangan Bumiputera Muslim di negara ini. Setelah 53 tahun merdeka ternyata penglibatan bumiputera amat jauh tercicir dalam industri ini. Walaupun masyarakat Bumiputera Muslim sebagai golongan yang memiliki harta tanah yang terbesar di negara ini sejak negara ini dikenali sebagai Tanah Melayu, tetapi malangnya banyak tanah-tanah berpotensi terbiar dan tidak dibangunkan sehingga kini.    

Keadaan ini adalah berpunca kerana kurangnya pendedahan kemahiran dan kemahuan di kalangan Bumiputera Muslim untuk terlibat di dalam industri ini. Bumiputera Muslim juga seolah-olah menyerahkan industri ini kepada bangsa lain dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) untuk menggerakkan industri ini. Keadaan ini bertambah buruk lagi apabila pengusaha bumiputera lebih berminat untuk menjadi kontraktor dari pemaju hartanah kerana merasakan bidang tersebut boleh meraih pendapatan dengan mudah dalam waktu yang singkat.  

Hakikatnya industri hartanah sangat penting kerana di bawah industri ini wujud 140 sub-sektor industri hiliran yang berupaya mengagihkan  sumber pendapatan. Sektor-sektor tersebut  termasuklah pembinaan, infrastuktur, pembekalan barang binaan, perundingan professional, pengangkutan, kewangan dan perbankan, perkhidmatan, pengiklanan, peruncitan dan pelbagai lagi. Industri ini ternyata lebih berkesan dari segi mewujudkan peluang bisnes serta peluang pekerjaan tanpa menunggu dan mengharapkan projek-projek dari kerajaan.     



Malah dalam Islam pembangunan hartanah tidak hanya bersifat fizikal, akan tetapi ianya merangkumi dasar-dasar pembangunan kerohanian dan cara hidup, pembangunan ekonomi, pembangunan keilmuan dan akhlak, sosio budaya serta ketamadunan sesuatu bangsa.

Justeru itu kewujudan PPHBS adalah untuk menggembeling seluruh kekuatan di kalangan ahli dan pelbagai pihak untuk melonjakkan penyertaaan Bumiputera Muslim dalam industri pembangunan hartanah. PPHBS berpendapat  melalui prinsip berjemaah dan muafakat akan dapat mempercepatkan  usaha untuk menebus maruah ini. Sejak lebih 1 tahun penubuhannya, PPHBS telah menjalankan perbagai usaha untuk meningkatkan pendedahan dan kemahiran kepada masyarakat Bumiputera Muslim untuk terlibat dalam industri ini. Antara usaha tersebut adalah menganjurkan persidangan hartanah, Kursus Pemajuan Hartanah Perumahan, Anugerah Hartanah Berteraskan Islam serta Pameran Hartanah Bumiputera  di Kuala Lumpur dan Selangor.

PPHBS terus komited mempelbagaikan peranannya termasuklah kesediaan PPHBS bekerjasama dengan semua pihak bagi mempastikan usaha meningkatkan penglibatan Bumiputera Muslim dalam industri pembangunan hartanah.

Bagi mempastikan usaha ini dapat diperkasakan, maka satu kerjasama strategik dijalinkan dengan pihak UKM. Kerjasama ini merangkumi  5 bidang yang sangat penting. Bidang tersebut adalah :-

1.     Penyelidikan berkaitan industri hartanah (Ph. D Industri)
2.     Persidangan berkaitan industri hartanah peringkat Nasional dan Antarabangsa
3.     Pembangunan kerjaya Graduan Siswazah dalam industri hartanah
4.     Bengkel dan kursus jangka pendek program siswazah
5.     Perkongsian jaringan perniagaan dalam industri hartanah dan akademik

PPHBS berharap kerjasama strategik ini akan memberi keuntungan dan faedah kepada kedua-dua belah pihak dan akhirnya akan memberi manfaat besar kepada kemajuan dan peningkatan sosio-ekonomi Bumiputera Muslim di negara ini.




Mohammad Sahar Mat Din
Presiden
Persatuan Pemaju Hartanah Bumiputera Selangor
29 September 2010 / 20 Syawal 1431H
Tel    : 03-82100743       H/P : 019-2164144
Faks : 03-82100799 / 03-82100742 

Mesyuarat Agong PPHBS

             Tarikh             :           29hb September 2010  (Rabu)
            Masa               :           3:00 ptg
            Tempat           :           Bilik Mesyuarat PURI PUJANGGA
                                                UKM HOLDINGS SDN. BHD.
Universiti Kebangsaan Malaysia
43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan


Sebagian ahli -ahli sedang bermesyuarat.