Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Ekonomi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) dengan kerjasama Persatuan Pemaju Hartanah Bumiputera Selangor (PPHBS) menganjurkan Siri Program Sesi Eksklusif Bersama Pengurusan Perbankan Islam.
Alhamdulillah, untuk siri kali ini kita sangat bertuah kerana dapat bersama YBhg. Dato’Hj Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Chief Executive Officer Bank Muamalat Malaysia Berhad. Keistimewaannya, pihak Bank Muamalat satu-satunya Bank yang telah mendapat Skim Jaminan dari pihak MARA untuk Skim jaminan Usahawan MARA dan Skim Jaminan Modal Kerja.
Program ini bermatlamat untuk mengukuhkan jaringan bisnes dua hala di antara para usahawan Bumiputera Muslim dengan pihak Perbankan Islam. Program ini juga dilaksanakan adalah selaras dengan kepentingan sokongan institusi kewangan khususnya Perbankan Islam dalam menjayakan dan memajukan lagi perusahaan yang dijalankan oleh usahawan Bumiputera Muslim.
pihak kami ingin menjemput tuan merebut peluang untuk hadir program tersebut sebagaimana butirannya di bawah ini :-
Tarikh : 19hb Januari 2011 (Rabu)
Masa : 9.00 pg – 1.30 tgh
Lokasi : Ibupejabat DPIM, Aras 2, Blok A Utara,
Pusat Bandar Damansara,
Kuala Lumpur
(Bayaran RM 50.00 dikenakan untuk setiap peserta. Sila kemukakan bayaran tersebut atas nama DEWAN PERDAGANGAN ISLAM MALAYSIA)
Oleh kerana program ini merupakan sesi esklusif, kami hanya menerima 50 penyertaan yang membuat pengesahan awal. Bersama-sama ini dilampirkan borang jawapan, aturcara program dan pelan lokasi untuk perhatian tuan.
sebarang pertanyaan sila hubungi Urusetia Program Puan Suhaila/Puan Intan di talian 03-82100743.
DEWAN PERDAGANGAN ISLAM MALAYSIA
HJ. MOHAMMAD SAHAR MAT DIN
Pengarah Biro Ekonomi DPIM
H/P : 019-2164144