SESI EKSKLUSIF BERSAMA MD/CEO AMISLAMIC BANK BHD
Sukacita dimaklumkan bahawa Biro
Ekonomi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) dengan kerjasama Persatuan
Pemaju Hartanah Bumiputera Selangor (PPHBS) menganjurkan Siri Program Klinik
Pembiayaan Bisnes Bersama Pengurusan
Perbankan Islam.
Alhamdulillah, untuk
siri kali ini kita sangat bertuah kerana dapat bersama YBhg. Datuk Mahdi Murad, Managing Director / Chief
Executive Officer
AmIslamic Bank Berhad.
Program ini bermatlamat untuk
mengukuhkan jaringan bisnes dua hala di antara para usahawan Bumiputera Muslim
dengan pihak Perbankan Islam. Program
ini juga dilaksanakan adalah selaras dengan kepentingan sokongan institusi
kewangan khususnya Perbankan Islam dalam menjayakan dan memajukan lagi
perusahaan yang dijalankan oleh usahawan Bumiputera Muslim.
Pihak kami menjemput tuan untuk menghadiri
program tersebut :-
Tarikh : 25 November 2010 (Khamis)
Masa : 9.30 pg
Lokasi : Ibupejabat DPIM, Aras 2, Blok A Utara,
Pusat
Bandar Damansara, Kuala
Lumpur
(Bayaran
RM 50.00 dikenakan untuk setiap peserta.
Sila kemukakan bayaran tersebut atas
nama DEWAN PERDAGANGAN ISLAM MALAYSIA)
Oleh kerana program
ini merupakan sesi esklusif, kami hanya menerima 50 penyertaan yang membuat
pengesahan awal. Sebarang pertanyaan sila hubungi Urusetia Program Puan Suhaila/Puan
Intan di talian 03-82100743.
‘BERIMAN & BERMUAMALAH’
HJ. MOHAMMAD SAHAR MAT DIN
Pengarah Biro Ekonomi DPIM
H/P : 019-2164144
Subscribe to:
Posts (Atom)