AKTIVITI  PERSATUAN
1.    Mewujudkan kerjasama antara PPHBS dengan pusat pengajian tinggi di dalam bidang pengajian perumahan, bangunan dan perancangan dengan menerima jemputan dari pihak Universiti Sains Malaysia, USM pada 15hb Dis 2008 untuk seminar bertajuk “ Penglibatan Pemaju Bumiputera di dalam Industri Perumahan di Malaysia”.

2.    Perbincangan Meja Bulat “Inisiatif-inisiatif baru pemulihan projek perumahan terbengkalai” pada 27hb Mac 2009 pada pukul 3.00ptg dengan pihak Y.B Tuan Iskandar Bin Abdul Samad, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan (EXCO) Bertempat di Bilik Mesyuarat MTES, Bangunan SSAAS, Shah Alam Selangor

3.    Majlis Dialog “Kearah Penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan Melalui Permohonan Cadangan Pemaju di MPKj” pada 7hb April 2009 pada pukul 9pagi dengan pihak Majlis Perbandaran Kajang bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 7, Menara MPKj

4.    Undangan sebagai Panel dalam rancangan HELLO Malaysia di Bernama TV pada 02hb Jun 2009 pukul 10.00 malam dengan tajuk perbincangan “Penglibatan dan Masa Depan Bumiputera Dalam Industri Hartanah”

5.    Membincangkan berkenaan inisiatif-inisiatif baru pemulihan projek perumahan terbengkalai bersama Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) pada 14hb April 2009 pada  4.00 ptg bertempat di Bilik mesyuarat Alamanda, LPHS

6.    Jemputan sebagai Penceramah Seminar Pembangunan Hartanah Kebangsaan Menurut Perspektif Islam pada 11-12 hb Jun 2009 bertempat di Dewan Besar IKIM , Kuala Lumpur.
·      Program dianjurkan oleh DPIM dengan kerjasama Johor Corporation, Persatuan Pemaju Hartanah Bumiputera Selangor (PPHBS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), YAPEIM dan Lembaga Tabung Haji
·      Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Dr Mashitah Binti Ibrahim, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.
·      Seramai 155 orang peserta telah menyertai seminar yang diadakan.
·      Di antara objektif program ini adaah untuk
1.    menelaah panduan melalui Al-Quran dan Sunnah berkaitan garis panduan
2.    memartabatkan kepentingan senibina Islam
3.    berkongsi pengalaman dengan pakar ekonomi Islam dunia dalam mencari penyelesaian.
4.    Mengetengahkan sumbangan institusi wakaf korporat dalam pembangunan ekonomi.
·      Semasa seminar tersebut turut diadakan Anugerah Pembangunan Hartanah Berteraskan Islam serta Pelancaran Program Radio Bisnes Muslim di Radio IKIM.fm tajaan QSR Brands Berhad/ KFC Holdings (M) Bhd.
7.     Kursus Pemajuan Hartanah Perumahan pada 19-20 hb Ogos 2009 bertempat di Damansara Biz Centre, Level 2, Block A (Utara), Pusat Bandar Damansara.

8.     Kerjasama bijak  “Pameran Hartanah Bumiputera 2009” (BPEX 2009) pada 09-11 hb Oktober 2009 bertempat di Dewan 3, Pusat Pameran mid Valley, Kuala Lumpur.

9.     Seminar Pengurusanan Hartanah Kebangsaan Menurut Perspektif Islam pada 02-03 hb November 2009 bertempat di Hotel Mahkota, Melaka.
·         Program dianjurkan oleh Biro Korporat DPIM dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Johor Corporation, Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
·         Seminar turut disokong oleh Dunia Melayu Dunia Islam, DPIM dan DPIM Cawangan Melaka.
·         Program ini merupakan kesinambungan daripada program Seminar Pembangunan Hartanah Menurut Perspektif Islam yang telah dijayakan pada 11 dan 12 Ogos 2009 di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
·         Seminar telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka.
·         Seramai 200 orang peserta telah menyertai seminar yang diadakan.
·         Sebanyak 10 syarikat dan agensi kerajaan telah menyertai pameran yang turut diadakan iaitu Majlis Agama Islam Melaka, PERTAM, SIRIM, QAS, Pusat Zakat Melaka dan Takaful Etiqa.

10.  PERSIDANGAN HARTANAH NASIONAL 2010 diadakan pada 07-08 April 2010
·         Tema “Kecemerlangan Sektor Hartanah ke Arah Pemantapan Ekonomi Negara”
·         Program dianjurkan oleh Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Johor Corporation dan Universiti Sains Malaysia (USM).
·         Sokongan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), REHDA Institute dan Persatuan Pemaju Hartanah Bumiputera Selangor (PPHBS) serta diuruskan oleh Institut Pembangunan Pengurusan Johor (IPPJ).
·         Bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
·         Objektif Persidangan
·         Mempertingkatkan inovasi hartanah Malaysia kearah memacu pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan pada masa akan dating.
·         Memberikan pendedahan semasa menyediakan satu platform berteraskan sejagat dalam menghadapi cabaran pembangunan hartanah masa kini.
·         Menjana pengetahuan baharu mengenai polisi-polisi kerajaan yang berkaitan dengan pembangunan hartanah selain menerapkan konsep pembiayaan dan rekabentuk Islam dalam memajukan sektor ini.
·         Berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan pakar-pakar bidang hartanah dalam memajukan industri hartanah di Malaysia.
·         Penyertaan oleh Pemaju-pemaju hartanah, badan-badan kerajaan, ahli-ahli akademik, perunding-perunding hartanah, ejen-ejen hartanah, penilai dan perancang, juruukur, jurutera, jurutera awam dan arkitek hartanah, kontraktor-kontraktor binaan, usahawan-usahawan berkaitan, pelajar-pelajar university dan individu-individu yang berminat dan terlibat dalam industri hartanah.

11.    Kursus Asas Pemajuan Hartanah Perumahan
·         diadakan pada 18-19 Mei 2010
·         Bertempat di Hotel Grand Continental, Kuala Lumpur.

12.    Membentangkan Kertas Kerja sempena Konvensyen Ekonomi Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad. Bertempat di Hotel Quality Shah Alam bertajuk “Potensi Perniagaan Dalam Industri Hartanah”. Anjuran oleh Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad (KBI)

13.    Kursus Lanjutan Pemajuan Hartanah Perumahan
·         Diadakan pada 03-04 Ogos 2010
·         Bertempat di Hotel Putra, Kuala Lumpur
·         Program ini merupakan kesinambungan daripada Kursus Asas Pemajuan Hartanah Perumahan yang diadakan pada 18hb dan 19hb Mei 2010 yang lalu.

14.    Majlis menandatangani Persefahaman Strategik dia antara PPHBS dengan pihak UKM oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. ir. Hasan Basri, Timbalan Naib Canselor , Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia bertempat di Ballroom, Puri Pujangga, UKM pada 29hb September 2010.