万宜育民国民型华文学校
PIBG SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) YOKE MIN             

SJKC Yoke Min Bangi merupakan sebuah sekolah yang terletak di pekan Bangi di mana 70 orang dari 191 orang muridnya berbangsa Melayu. Sambutan masyarakat Melayu untuk menghantar anak ke sekolah tersebut akhir-akhir ini sangat menggalakkan.  Perkembangan ini menunjukkan tingginya kesedaran di kalangan masyarakat Melayu akan kepentingan penguasaan Bahasa Mandarin sebagai bahasa perniagaan global.

Menyedari akan perkembangan ini, maka pihak PIBG akan menganjurkan satu pertandingan syarahan dan bercerita bagi para pelajar Melayu di sekolah tersebut. Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan serta penguasaan pelajar Melayu dalam Bahasa Mandarin.  Seramai 30 orang pelajar Melayu dari tahun 3 hingga tahun 6 akan menyertai pertandingan tersebut.

Pihak PIBG mempelawa untuk hadir menyaksikan acara pertandingan tersebut pada:

                     Tarikh     :     15hb November 2010 (Isnin)
                     Masa       :     10.30 pagi
                     Lokasi     :     Dewan Besar SJKC Yoke Min Bangi

Perasmian dan penyampaian hadiah oleh Ybhg Prof. Dato’ Dr. Ir. Hasan Basri, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia


MohaMmad Sahar Mat Din
Pengerusi Penganjur
b/p YDP PIBG